Sunday 8 April 2012

Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas

  • Perlakuan yang bongkak
  • Ketawa dengan tiba-tiba
  • Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
  • Tidak mengenali bahaya.
  • Tidak merasai kesakitan.
  • Menangis dan marah tanpa sebab.
  • Permainan yang luar biasa.
  • Tidak mahu didakap.
  • Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
  • Berkelakuan seperti orang pekak.
  • Tiada perhubungan mata bila bercakap.
  • Memutar barang.
  • Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
  • Tingkahlaku aktif keterlaluan.
  • Tidak mahu terima pelajaran biasa.
  • Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
  • Takut dan cemburu berlebihan.

Ciri-ciri khusus Down Syndrome

·  Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
·  Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
·  Mata sentiasa berair dan merah.
·  Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung
    yang menutupi bahagian dalam mata.
·  Bentuk muka yang kecil.
·  Bahagian kepala leper.
·  Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
·  Majoriti berambut lurus dan lembut.
·  Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
·  Berbadan gembal dan rendak.
·  Badan yang agak bongkok.
·  Suka bermanja, bermain dan gembira.
·  Dapat bergaul dengan baik.
·  IQ di antara 30 hingga 80.
·  Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.


Ciri-ciri khusus Cacat Akal Ringan

·  Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
2. Imbersil
·  Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
3. Moron
·  Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
·  Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
·  Lambat berjalan dan lambat bercakap.
4. Lembab
·  Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Ciri-ciri khusus Cacat Akal Berat

·  Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
·  Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
·  Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
·  Sukar bernafas.
·  Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
·  Selalu menangis.
·  Sukar bercakap dan memahami orang lain.
·  Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
·  Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
·  Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
·  Tidur yang berlebihan.
·  Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri

Ciri-ciri khusus Hyperaktif
·  Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
·  Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
·  Tidur yang tidak tetap.
·  Terlalu kerap menangis atau ketawa.
·  Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
·  Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
·  Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
·  Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Ciri-ciri khusus Spastik

·  Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
·  Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
·  Tidak berupaya mengangkut badan.
·  Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
·  Tidak berupaya memegang objek.
·  Tidak berupaya mengurus diri.

Ciri-ciri khusus Cerdas Pintar

·  Kebolehan yang luar biasa.
·  Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
·  pergaulan dengan kanak-kanak lain.
·  Perkembangan bahasa yang lambat.
·  Perbendaharaan kata yang kemas.
·  Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
·  Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
·  Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
·  Suka mencari helah.